Translate

Khamis, 19 Mac 2015

BURNOUT



Istilah “burnout” menurut Freudenberger (dalam Farber, 1991) dedifinisikan sebagai suatu bentuk kepenatan yang disebabkan karena seseorang bekerja terlalu intensif, berdedikasi dan berkomitmen, bekerja terlalu banyak dan terlalu lama serta melihat keperluan dan keinginan mereka sebagai hal kedua. Srinika Jayaratne dan Himle (1991), Perlman dan Hartman (1982) telah mengkaji semula semua literatur tentang “burnout” antara tahun 1974 hingga 1980 dan mencadangkan satu pungutan suara yang dipersetujui tentang definisi “burnout”. Mereka mendefinisikan “burnout” sebagai respon kepada stress emosi yang kronik kepda tiga komponen utama iaitu;
a)    Ketandusan fizikal dan emosi
b)    Produktiviti kerja yang rendah
c)    Personalisasi yang berlebihan

"... a state of fatigue or frustration brought about by devotion to a cause, way of life, or relationship that failed to produce the expected reward." (Freudenberger, 1980).


Maslach dan Pines pula  telah mengkaji “burnout” daripada perspektif psikologikal. Kajian mereka berjaya menghasikan satu inventori yang dikenali sebagai Maslach Burnout Inventory. Inventori ini telah digunakan secara meluas untuk mentaksirkan tiga factor dalam mengukur “burnout” terhadap individu. Faktor-faktor tersebut adalah daripada segi keletihan emosi (emotional exhaustion), gangguan keperibadian kendiri (depersonalization), dan pencapaian peribadi (personal accomplishment). Di samping itu, Maslach dan pines percaya bahawa ciri-ciri kerja dalam sesebuah organisasi adalah factor penentu utama kebarangkalian seseorang itu akan mengalami “burnout”.      (Gold & Ruth, 1993).    

Tiada ulasan: