Translate

Isnin, 16 Februari 2015

PETA PEMIKIRAN i-THINK

Peta Pemikiran i-Think


1.  Circle Map (Peta Bulatan)

     Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan 
     mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk
     dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)

    Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid
    bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya 
    menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

    Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok)

    Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)

    Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan
    sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan
    pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)
    Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

    Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan
    menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada     di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri 
    adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian 
    sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)

    Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar 
    untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan 
    faktor penghubungan.

Tiada ulasan: