Translate

Jumaat, 20 Februari 2015

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO



Tonggak Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada:

i.Pelajar belajar untuk tahu (Learning To Know)
ii.Belajar untuk membuat (Learning To Do)
iii.Belajar untuk menjadi apa (Learning To Be)
iv.Belajar untuk hidup bersama (Learning To Live Together)


 Tonggak Pendidikan Unesco

•Pengurus punyai kuasa autonomi
•Memperkasakan kapasiti
•Struktur terurus
•Ukuran prestasi
•Pemantauan prestasi
•Kawalan sumber
•Ketelusan

Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO

Bagi menguruskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya:

•Pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk
memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya.
•Sekolah perlu mempunyai maklumat tentang
prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan
prioritinya.
•Sekolah memerlukan struktur yang terurus dan
professional.
•Kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal
terutamanya dari segi pemantauan prestasi sekolah.
•Sekolah perlu mengawal sumber-sumber.
•Pengurusan sekolah mesti telus.


Laporan Unesco (2005): Kuasa Autonomi

•Memenuhi keperluan pembelajaran asas
•Membentuk wawasan
•Akses kepada universal
•Fokus terhadap pembelajaran
•Perluaskan skop
•Penambahbaikan persekitaran
•Perkukuhkan perkongsian
•Pembangunan dasar
•Gerakkan sumber
•Perpaduan antarabangsa


Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO

•Perkembangkan potensi individu
•Tingkatkan kreativiti
•Sistem pendidikan yang cekap
•Pusat kecemerlangan pendidikan
•Tingkatkan martabat pendidikan


Dasar KPM dan Kaitannya Dengan Tonggak Pendidikan UNESCO

•Memperkembang potensi individu secara menyeluruh
bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
•Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu
pelajar.
•Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran
sepanjang hayat.
•Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap,
berkesan dan bertaraf dunia.
•Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan.
•Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada

peringkat antarabangsa. 

Khamis, 19 Februari 2015

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN



Pendemokrasian Pendidikan

•Basmi buta huruf
•Pendidikan universal
•Penyediaan infrastruktur
•Guru terlatih yang mencukupi
•Pra sekolah untuk semua


Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan

•Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-
kanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber yang ada.
Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan
tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat
pendidikan.
•Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan
ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu disediakan tanpa
mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status
sosioekonomi.
•Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan
dalaman dalam pengurusan.
•Pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk
meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan.
•Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan
persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan
kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk

perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain. 

Selasa, 17 Februari 2015

KONSEP 1MALAYSIA


Konsep 1Malaysia


            Telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Konsep 1Malaysia selari dengan apa jua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Membawa aspirasi dan harapan untuk mengeratkan hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang erat. 8 nilai yang ditekankan dalam Konsep 1Malaysia:

  • *     Amalan budaya cemerlang dilaksanakan sepanjang masa
  • *  Mempunyai ketabahan untuk menerima perubahan
  • * Mengamalkan sifat merendah diri tetapi memiliki kekuatan  dalaman
  • * Dapat menerima apa jua perkara yang baik dan dapat    persetujuan bersama
  • * Mengutamakan kesetiaan yang akan membina kepercayaan  antara kaum
  • *  Meritokrasi atau persaingan terbuka kepada semua rakyat
  • * Harus berpengetahuan dan menggunapakai kurikulum yang  dapat menanamkan nilai-nilai murni
  • *  Nilai integriti perlu diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

Isnin, 16 Februari 2015

PETA PEMIKIRAN i-THINK

Peta Pemikiran i-Think


1.  Circle Map (Peta Bulatan)

     Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan 
     mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk
     dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)

    Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid
    bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya 
    menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

    Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok)

    Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)

    Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan
    sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan
    pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)
    Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

    Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan
    menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada     di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri 
    adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian 
    sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)

    Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar 
    untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan 
    faktor penghubungan.

INTEGRASI NASIONAL


Keperluan Integrasi Nasional
  •  Agama dan kebudayaan
  • Dasar Penjajah British
  • Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan
  •  Amalan ekonomi yang berlainan
  •  Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik

Antara Halangan Integrasi Nasional

  •   Sistem Pendidikan Kebangsaan
  • Agenda Memperkasakan SK
  • Penerapan Nilai
  •  Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
  •  Konsep Sekolah Wawasan
  • Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum
  • Perkasakan bahasa Kebangsaan
  • Pemantapan Aktiviti
  • Pupuk Kefahaman
  • Dasar Pelajaran kebangsaan

Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran

  •  Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan
  •  Menjadikan agenda memperkasakan SK
  • Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.
  • Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003
  • Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan
  • Melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum


Pumupukan  Integrasi Nasional

Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara keseluruhannya diharapkan akan dapat mencapai objektif seperti yang berikut;

  • Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia.
  •  Menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum.
  • Menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum.
  • Menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara pelajar berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam.

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN



Pengenalan

  • Usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar.
  • Penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif).
  • Pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan.
  • Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum.
  • Memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara.
  • Pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan.


ERA BARU BERMULA DI SINI...