Istilah “burnout”
menurut Freudenberger (dalam Farber, 1991) dedifinisikan sebagai suatu bentuk
kepenatan yang disebabkan karena seseorang bekerja terlalu intensif,
berdedikasi dan berkomitmen, bekerja terlalu banyak dan terlalu lama serta
melihat keperluan dan keinginan mereka sebagai hal kedua. Srinika Jayaratne dan
Himle (1991), Perlman dan Hartman (1982) telah mengkaji semula semua literatur
tentang “burnout” antara tahun 1974 hingga 1980 dan mencadangkan satu pungutan
suara yang dipersetujui tentang definisi “burnout”. Mereka mendefinisikan
“burnout” sebagai respon kepada stress emosi yang kronik kepda tiga komponen
utama iaitu;
a) Ketandusan
fizikal dan emosi
b) Produktiviti
kerja yang rendah
c) Personalisasi
yang berlebihan
"... a state of fatigue or frustration brought about
by devotion to a cause, way of life, or relationship that failed to produce the
expected reward." (Freudenberger, 1980).
Maslach dan Pines pula
telah mengkaji “burnout” daripada perspektif psikologikal. Kajian mereka
berjaya menghasikan satu inventori yang dikenali sebagai Maslach Burnout
Inventory. Inventori ini telah digunakan secara meluas untuk mentaksirkan tiga
factor dalam mengukur “burnout” terhadap individu. Faktor-faktor tersebut
adalah daripada segi keletihan emosi (emotional exhaustion), gangguan
keperibadian kendiri (depersonalization), dan pencapaian peribadi (personal
accomplishment). Di samping itu, Maslach dan pines percaya bahawa ciri-ciri
kerja dalam sesebuah organisasi adalah factor penentu utama kebarangkalian
seseorang itu akan mengalami “burnout”.
(Gold & Ruth, 1993).